Contoh Soalan Exam Penguasa Kastam W41

Review contoh soalan yang mungkin ditanya pada exam Penguasa Kastam W41 6 Sept ini. Untuk dapatkan Contoh dan Panduan penuh layari link berikut : http://bit.ly/1zyK6M1
Huraian Format

Format untuk peperiksaan 6 SEPTEMBER 2014 ini adalah format terbaru peperiksaan Gred 41. Jika sebelum ini peperiksaan berkisar kepada 4 Seksyen penilaian utama iaitu berkaitan pengetahuan Am, daya menyelesaikan masalah, esei Bahasa Melayu dan esei Bahasa Inggeris, format kali ini 2 Seksyen dibuang dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Ujian Psikometrik.

Medium peperiksaan online kali ini agak mendebarkan calon terutama kepada calon yang ada pengalaman peperiksaan online SPA bermula MEI 2014. 



Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling


Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai banyak soalan menguji pengetahuan anda. Anda diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu adalah format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014. Sedikit berbeza dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan). Sekali lagi formatnya;
  • Tempoh: 40 minit
  • Jumlah Soalan: 50 soalan
Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang..

Seksyen B:
Daya Menyelesaikan Masalah
Penerangan Format

Seksyen B pula adalah berkaitan dengan daya menyelesaikan masalah yang perlu dijawab dalam masa 45 minit, sebanyak 40 soalan. Kebanyakan calon mengeluh yang masa yang diberikan sama sekali tidak mencukupi. Secara umumnya format yang digunapakai tahun 2012/13 adalah sama dengan format tahun-tahun sebelum ini sejak tahun 2009 lagi. Sekali lagi, format tahun ini untuk sesi 5 Ogos 2014 adalah;
  • Tempoh: 45 minit
  • Jumlah Soalan: 40 soalan
Soalan-soalan yang diajukan dalam seksyen ini adalah berkenaan kemahiran logik, interpretasi dan



Seksyen C:
Ujian Psikometrik
Penerangan Format

Seksyen C pula adalah berkaitan dengan Ujian Psikometrik perlu dijawab dalam masa 60 minit, sebanyak 200 soalan. Nampak seperti banyak soalan dan terma yang menggerunkan, tetapi percayalah seksyen ini pasti bakal menjadi seksyen yang paling mudah bagi anda pada 6 September ini.
Ya, mudah pada hari peperiksaan sahaja tetapi ada jerat besar untuk anda pada seksyen ini. Kami akan kongsikan kepada anda tetapi sebelum itu sekali lagi ini formatnya;
  • Tempoh: 60 minit
  • Jumlah Soalan: 200 soalan

Seksyen A:
80 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

Soalan tambahan Penguasa Kastam Gred W41

  1. Struktur Organiasi Bahagian Penguatkuasaan Struktur organisasi Bahagian Penguatkuasaan boleh terbahagi kepada
  1. Ibu Pejabat
  2. Negeri
  3. Stesen
  4. Daerah
  1. I dan II
  2. I, II dan III
  3. II, III dan IV
  4. I, II, III dan IV


  1. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan untuk memaklumkan keputusan sebutharga dan tender barang-barang lucuthak?
  1. 24 jam
  2. 3 hari
  3. 7 hari
  4. 2 minggu


  1. Berdasarkan Piagam Pelanggan Bahagian Pengurusan Pematuhan, tempoh untuk mengembalikan dokumen yang telah selesai diaudit ialah selama
  1. 24 jam
  2. 3 hari
  3. 7 hari
  4. 2 minggu

  1. Penubuhan Pustaka Perkhidmatan Awam pada tahun 1995 adalah
  1. Didorong oleh perkembangan pesat sektor perkhidmatan awam di negara ini yang berperanan besar dalam menggerakkan pembangunan negara ke arah kejayaan yang gemilang
  2. Perkembangan pesat sektor ini telah melahirkan kesedaran tentang perlunya ditubuhkan satu pustaka bagi mengumpul dan mendapatkan segala bentuk maklumat terdiri daripada bahan dokumen, objek dan terbitan yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam untuk makluman, rujukan dan kajian
  3. Penubuhan pustaka ini sebagai satu pusat yang mempamerkan segala memorabilia yang bersangkutan dengan perkhidmatan awam adalah sebagai satu daya usaha murni ke arah menerapkan rasa keinsafan dan penghargaan di kalangan rakyat atas jasa dan sumbangan besar sektor perkhidmatan awam terhadap negara.
  4. Pameran di sini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pentadbiran Awal Kerajaan, Pentadbiran British Malaya, Pentadbiran Selepas Merdeka dan Pembaharuan Dalam Perkhidmatan Awam

  
Seksyen B:
60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja


  1. Sebuah syarikat pengeluar pakaian bayi telah menerima lesen Akta Cukai Jualan 1972. Cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi setiap unit barang yang dijual. Kirakan jumlah cukai yang perlu dibayar sekiranya harga jualan sepasang pakaian bayi dijual dengan harga RM19.90.
  1. RM1.09
  2. RM1.90
  3. RM1.90
  4. RM1.99


Soalan 2 dan 3 berpandukan kepada pernyataan di bawah.

Pada awal tahun 2013, Jamal dibayar dengan gaji sebanyak RM2,750 sebagai Pegawai Pemasaran disebuah syarikat konsultasi pengiklanan. 6 bulan kemudian beliau menerima elaun sara hidup sebanyak RM350 sebulan. Di bulan terakhir tahun tersebut, beliau menerima bonus sebanyak 2 bulan gaji.

  1. Kirakan jumlah pendapatan yang diterima oleh Jamal untuk tahun tersebut.
  1. RM22,700
  2. RM24,800
  3. RM35,100
  4. RM41,200
     
  1. Kirakan berapakah purata pendapatan Jamal bagi tahun 2013?
  1. RM3,333.33
  2. RM3,433.33
  3. RM4,334.30
  4. RM4,434.30



Seksyen C:
100 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja



  1. Tanpa ganjaran yang lebih, tidak adil bekerja lebih masa.

A. Ya B. Tidak

  1. Jika orang lain mencapai prestasi yang lebih baik, rasa cemburu tidak seharusnya ada.

A. Ya B. Tidak

  1. Walaupun ada orang main taktik kotor, saya tidak mudah meradang.

A. Ya B. Tidak

  1. Saya tidak mudah mengaku kalah sungguhpun kerja ada banyak cabaran.

A. Ya B. Tidak

  1. Saya segan minta pertolongan walaupun saya tidak terdaya menyelesaikan masalah sendiri.

A. Ya B. Tidak

  1. Saya tidak ingin menjadi pemimpin kerana ada banyak risiko.

A. Ya B. Tidak


0 comments:

Post a Comment